Latar Belakang |
Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) merupakan satu program pembangunan sukan yang diperkenalkan untuk mencungkil bakat atlet di peringkat akar umbi. Kini SPTS telah menjangkau 5 tahun perlaksanaannya bagi 3 jenis sukan iaitu Bola Sepak, Sepak Takraw dan Memanah. Manakala 5 sukan telah memasuki 4 tahun pelaksanaan program iaitu Balapan dan Padang, Badminton, Hoki, Gimnastik dan Gimrama. Kesemua program ini dilaksanakan di 864 buah Pusat Latihan Daerah (PLD) dan 15 buah Sekolah Sukan Negeri (SSN). Terbaru sukan Bola Jaring pula telah diperkenalkan di SSN. |
Jenis Pusat Kecemerlangan Sukan Bagi SPTS |
SPTS ini telah dilaksanakan di tiga jenis iaitu; i) Pusat Latihan Daerah (PLD) - Sekolah Harian ii) Sekolah Sukan Negeri (SSN) - 16 SSN (Termasuk Putrajaya) iii) Sekolah Sukan Malaysia (SSM) - 4 SSM - Sekolah Sukan Bukit Jalil, KL - Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor - Sekolah Sukan Pahang - Sekolah Sukan Sabah |
Kem Bakat SPTS |
Kem Bakat SPTS dilaksanakan di enam zon seluruh negara iaitu: i) Zon Utara - Perlis, Kedah & Pulau Pinang ii) Zon Tengah - Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur & WP Putrajaya iii) Zon Selatan - Negeri Sembilan, Melaka & Johor iv) Zon Timur - Pahang, Terengganu & Kelantan v) Zon Sabah - Sabah & WP Labuan vi) Zon Sarawak - Sarawak |
Tuesday, 9 September 2014
PENGENALAN SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
adakah mereka yang mengikuti program ini menerima sebarang insentif contohnya berupa pingat??
ReplyDeleteDapat la medal
ReplyDeleteais hoki boleh ker try utk dpatkan biasiswa
ReplyDelete